muslim-adoption-breastfeeding-edit

InsyaAllah, bulan Ramadan tahun ini adalah tahun kedua saya akan berpuasa sambil menyusu Aisya. Saya dapat melaksanakan ibadah puasa tahun lalu (Alhamdulillah!) dengan bantuan dan sokongan ahli keluarga dan ibu-ibu lain yang turut menyusu anak mereka. Saya penyokong kuat ibu menyusu dan ingin ambil peluang ini untuk turut memberi sokongan kepada semua ibu-ibu yang akan menyusu anak buat kali pertama Ramadan ini. Jangan risau! Berikut adalah beberapa cadangan dan tips yang banyak membantu saya, dan InsyaAllah akan juga membantu anda.

1. Jangan tinggal sahur! Dan makan makanan berzat

Anda mungkin jenis yang hanya minum air untuk sahur, tapi sebenarnya anda perlukan zat dan kalori secukupnya untuk diri anda dan untuk pastikan pengeluaran susu yang baik. Makan tau! Ambil peluang untuk ikuti sunnah Rasulullah SAW untuk melambatkan sahur. Dan ingat, jangan terlebih makan, dan makan lebih buah-buahan! Buah-buahan ini bertahan lebih lama di dalam perut.

2. Makan kurma dan madu

Jangan perkecil kurma! Sunnah Rasulullah SAW amalan terbaik. Ambil kurma sewaktu sahur – it pemberi tenaga terbaik di siang hari. Pada mulanya saya pun tak percaya, tapi ia memang berkesan. Bila saya terlupa makan, saya rasa sungguh lemah dan lesu. Ambil juga sesudu madu. Dua makanan ini penting untuk pastikan anda terus bertenaga.

3. Makan makanan tambahan (supplement)

Saya ada minum Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee tahun lalu, dan ia memang membantu saya untuk tidak rasa lapar di siang hari. Saya akan cuba Meal Shake Shaklee kali ini sebab saya tak begitu gemar rasa ESP. Kadang-kadang segelas Milo pun mampu membantu. Saya tak minum setiap hari; cuma bila saya rasa makanan sewaktu sahur tak mencukupi untuk hari itu.

4. Ingat, ambil penggalak susu sewaktu sahur

Ada orang kata kalau minum penggalak susu badan (milk booster) dapat membantu. Setengah orang lebih gemar minuman bermalt seperti Horlicks. Untuk saya, oat dan kapsul habbatus sauda banyak membantu tahun lalu. Penting untuk makan atau minum apa yang anda percaya dapat membantu menggalak pengeluaran susu badan anda.

5. Minum banyak air! Elakkan minuman berkafein

Minuman berkafein boleh mengurangkan air di dalam badan anda, dan ini pasti memberi kesan kepada pengeluaran susu badan. Pastikan anda minum air secukupnya secara beransur-ansur (bukan sekali gus) dari masa berbuka puasa hingga ke waktu sahur.

6. Berfikiran positif dan cekalkan minda

Ini kembali ke point #4. Jika anda percaya anda boleh, anda pasti boleh. Cekalkan minda dan sentiasa ingat bahawa anda mampu berpuasa hari itu.

7. Jangan terlalu aktif hingga terlalu letih di siang hari

Buat kerja rumah di waktu malam, minta bantuan suami, rehad sebanyak mungkin, baca alQuran, berzikir dan relaks kan minda anda dengan tidur sebentar. Badan yang letih tidak mengeluarkan susu badan yang banyak.

8. Banyakkan doa!

Bertawakkal dan berdoalah banyak-banyak kepada Allah SWT agar Dia memberikan tenaga dan mengurangkan beban berpuasa.

9. Kalau susu semakin kurang, jangan panik!

Badan kita ada cara-cara tertentu untuk menyesuaikan diri kepada rutin harian. Katalah jika anda hendak mengurangkan berat badan dan anda tidak makan begitu banyak, anda mungkin lapar pada hari pertama atau kedua, tapi selepas itu badan anda akan ok. Sama lah juga dengan pengeluaran susu badan. Mungkin pada mulanya, jumlah susu yang dapat dikeluarkan tidak banyak. Tapi pastikan anda makan dan minum secukupnya di antara waktu berbuka puasa dan sahur, dan dalam sehari dua badan anda akan menyesuai dengan rutin baharu. InsyaAllah, jumlah susu yang dikeluarkan juga akan kembali ke paras (hampir) normal.

10. Ikuti ritma badan dan jangan paksa diri anda

Fikirkan kesihatan anak dan diri anda sendiri. Kalau anda rasa kurang sihat, atau anak anda kelihatan kurang air dan lampin kurang basah seperti biasa, atau anda risau anak anda tidak mendapat zat secukupnya, jangan paksa diri anda. Wanita Islam yang hamil atau menyusukan anak dibolehkan untuk tidak berpuasa jika kesihatan diri mereka atau anak mereka akan menerima impak negatif akibat berpuasa.

Ibu-ibu, menyusu dan berpuasa adalah satu pengorbanan. Saya kirimkan salam dan sayang kepada semua supermummy di luar sana, dan saya doakan agar Allah SWT memberi ganjaran pahala di atas pengorbanan ibu-ibu semua!

Erina adalah ibu kepada Aisya yanf berumur 15 bulan. Erina dan suami mengendali laman Zaahara.com, hab gaya hidup Islam untuk ibu bapa dan anak-anak mereka.

Subscribe To Our Newsletter

Subscribe to our email newsletter today to receive updates on the latest news, tutorials and special offers!